Friday, 12 August 2011

Syukur Alhamdulillah...

Kenape????? erm.. gud news for me and my frenssss yg b'tungkus lumus dlm proses perpindahan dari Bangunan Sultan Ibrahim ke Nusajaya... (walaupun masa tu aku x tolong pun masa pindah sbb aku b'salinkan AIRIS. cuma tlg kemas2 kotak je la... hehehe..)

" RAYUAN BAYARAN INSENTIF PENYESUAIAN PERPINDAHAN KE PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN NEGERI DI KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA"

".... Perbendaharaan telah mengkaji permohonan tersebut dan BERSETUJU MELULUSKAN bayaran insentif perpindahan kepada 90 orang pegawai persekutuan yang terlibat dengan perpindahan ke Kota ISkandar, Nusajaya atas kadar RM150 seorang selama 18 bulan bermula daripada tarikh perpindahan. Pembayaran insentif ini hendaklah menggunakan peruntukan sedia ada jabatan...."

ALHAMDULILLAH... walaupun jumlahnya tidak seperti apa yang kitaorg bayangkan, namun syukur dipanjatkan ke hadrat Allah, akhirnya dapat la jugakkan..... buat belanja anak2, bayo yuran sekolah, bayo hutang.. bayo bla... bla.. bla.. huisshhh.. byknya.. hehehehe..

p/s : terima kasih pada SUK Johor, CUEPACS dan En Rawan yang telah berusaha sedaya upaya dalam hal ini... tq..tq..tq...


Tuesday, 9 August 2011

sahur !!

erm.. pg td aku bgn masak sahur kol 4.15. nasib la kan. dah b'buka kat umh mertua so pepagi kna la bgn masak. haha.. nak tapau segan.. cehhhhh... setakat 9 hari b'posa ni alhmdulillah la, lom penah t'lepas sahur lg. itu berkat kunci jam namanya wlaupun mata ni rasa berat jek nak bukak. bila fikir2 en.azriezal aku nk mkn ngn keadaan aku yg cam gini, kenalah kuatkan semangat....

so............

pg td dgn rajinnya aku masak kari kepala ikan merah. peberet en.azriezal...... tambah lg ngn acar kobis (ala.. yg cam acar timun tu..). selera je kami mkn. rugi klau x abis. ikan merah mahal. hahaha... (pic x de, x sempat nk amik..)

erm, bsok x tau lg nk masak ape. aku dah kira2 smpai sahur ari jumaat (lauk aku beli ngam2) sbb mlm tu kitaorg nak balik nitar. b'buka dan b'sahur ngn org tua aku kat kg. cian diorg, anak ramai tp dok b'dua jekkk... erm, bleh la order mkn yg cedap..cedap..... ngehhhhh....

Monday, 8 August 2011

yeapppyyyyy...

(tajuk x de kena mngena ngn citer ye.. harap maklum. hehehe)

lama dah x update blog ni.. cacamarba je rasanya. alhamdulillah arini dah msuk hari ke 8 kita b'puasa dan alhamdulillah jgk aku dpt b'puasa hingga ke saat ini walaupun ada kalanya cam x tahan jek.. maklum la kan.. dah le cuaca panas, ditambah lagi ngn pembawakan budak ni. mudah2an Tuhan memberi aku kekuatan utk b'puasa penuh thn ni. insyaAllah..

pagi td my asben request sahur maggie jek. senang aku masak. potong bwg, lada, msuk telur.. siapppp.... harap2 baby aku dlm pewot ni leh b'tahan smpai waktu b'buka. hehehe....

buka posa lak kompem la kat umh mertua aku. sbb anak2 aku kat sana. mertua aku risau klau dok b'buka dua org je kat umh tu. so, aku biasalah.. just top up2 je mkanan yg ada. itupun kekadang ada pesanan x yah beli pape.. bln posa ni nafsu mknnyer meluap2. tp bila smpai masa.. ada je la yg dok m'bazir.. kan.. kan..

terawih.. aku buat kat umh je. bru 2 ari ponteng. itupun sbb x larat sgt. maknanya ada jgk la aku buat kan. si nurin pun sebok ikot nena ngn ayah dia gi terawih. aku klau si airis tu dah beso, nak gak jengah2 masjid. tp bak kata mak mertua aku, kita yg jaga anak kat umh dikala suami pegi masjid b'terawih pahalanya sama. wallahualam...

wassalam.. to be continued... !!

Monday, 25 July 2011

alamak!!!

alamak.. camne aku leh jadi follower utk diri sndiri ni. adoiiyaiiiiii... tolong..tolong.. camne nak remove balik nie... cis..cis..

hurmmm.. bowinkk...

bowink ker? nape ek.. sbb x de member kat opis. sume gi kursus skala. 4 ari lak tu. perghhhh.. x pe la. aku jadi budak baik mggu nie. khaaaa....

so, dptlah aku dating ngn hubby aku mggu ni. fully dating. bleh gitu.. hahaha.. bleh je kan. dah namanya laki aku. mengeratkan kasih sayang org kata. baru bahagia aman sentosa. insyaallah. husband aku suke je la. sbb kat site dia pun x de sape. kitaorg gi keje skali la mggu nie. yess.. x yah drive. dpt dok sblh... manja2. kekeke...lg plak kete kancil dia msuk bengkel. maybe 1 week gak tu. nak kena kuar modal lg. tambah tolak RM2,000.00. fuhyooooo.. manyak problem. dah le nak raya, keta wat hal la plak. dugaan btol.. erm..

SABARLAH WAHAI HATI..... huk..hukkk..

Thursday, 21 July 2011

yezzaaa..

wah.. nmpknya arini cam dilanggar todak je opis aku ni. bagus2.. x yah dtg keje la sume skali. bru leh wat party muda mudi. hehehe.. ape ek aktiviti arini. hurmmmm... pikir..pikir cepat.... hahaha..

smbung kembali.. nak pikir ape nak wat arini..

Monday, 18 July 2011

renung2kanlah....

ADAB2 BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Friday, 15 July 2011

Kembali

Yeahhhh.. aku kembali semula setelah berkursus selama 4 hari kat Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak. hurmm... rasa malas jek nak naik opis kan. jumaat lak tu. member2 pun x ramai kat opis ni. masing2 mengghaibkan diri.. x po la... lone ranger jek arini..

x de pic pn masa kursus. x de mood nak amik pic. hehehe..

sekian.....

Monday, 11 July 2011

rindu

ermmmmmmm.. rindu kat husband ngn anak2.. lom smpai 1 hari aku tinggalkan diorg. rindu sangat2. huwaaaaaaaaaaaa....

kursus

haiii.... aku skang ni ada kat felda residence trolak, sungkai, perak.. kursus perancangan kewangan peribadi & keluarga. best ke???? ntahlah... aku ganti org sbnrnya. so disbbkan thn ni x penah gi kursus aaku pun setuju je la. sbb budak opis aku yg ajak.. tq wani... (ni pun guna lappy dia smntara nk tggu dinner..) pewot dah lapor nie... aduhhhhh.. sabo ye baby..

so, segala bagai pic2 akan diupload bila aku kembali ke bumi johor ye...

sekian dulu. nak rest jap. golek2..

Saturday, 9 July 2011

kantorku..

ni la meja aku. tempat aku mencari rezeki, tempat tido, tempat berFB, berblog, dan segala bagai la... nmpk kemas kan.. ni sbbnya ptg td baru kemas. klau x mak aiiii.. serabut kepala otak aku nie.. baru cun kan.. kekeke... so, saksikanlahhhhhhhhhh.....


oppss.. remote tv kat aku.. 


antara koleksi key chain yg kengkawan bg... kat umah ada lagi.. and kipas comel tu, huhh.. klau time panas ada gak jasanya pada aku nie..


haha.. side mirror tu bery2 important. digunakan utk menskodeng bos yg dok dlm bilik kat blakang aku nie.. (alamak.. kantoi lak yg kat pc tu.. hehe.. tgh upload gambo. tggu tenet lembab sgt...)


and the last one, my OWN telephone. direct line tau... see.. SUPAT.. cehhh.. x muat space la.. sape nak no. tel saya angkat tangan cpt... hahaha.. cannot ok !!

Friday, 8 July 2011

coklat vs brown




cun x baju kitaorg.. baju UNIT PENDIDIKAN, JKR JOHOR. seb baik x nmpk sgt kan pewot aku. kekeke... pic yg bwh skali tu Ketua Penolong Pengarah aku (bos besar yg baru..), and yg hensem sblh dia tu Penolong Jurutera aku merangkap jurufoto professional kat opis aku nie... (hensem kerrrr......:) errrkkkkkkk.....

k, la.. pic x byk sbb BB aku x bape nak cergas ptg nie...

Thursday, 7 July 2011

Jenjalan

hiiiii.... arini khamis sudah. semestinya pkai batik la kan. seb baik baju2 batik aku beso2. so, still leh pakai lg la. lg satu sbb mak aku ni tang baju mahal2 (cewahhhh.. mahal ke.. aku je yg tau..) x reti nak jahit. kompem t'besorrrrr. walaupun ukur badan. x pe la mak.... tqvm.. mmuahhhhh.....

arini ada penyerahan sekolah tamil kangkar pulai, j.bahru. so aku telah DILANTIK sbg urusetia cenderahati.. erm.. x de la bz sgt. just amik je brg2 kat stor masuk dlm paper beg JKR. 30 jek. so, keje aku setel la kan.

ape istimewanya sekolah tamil nie.. TAMIL???? hehehe...

"antara sekolah tamil terbesar di malaysia." dasat kan..... tu yg cikgu cikgi dia sebok memanjang.... xcited pun ada rasanya. mcm kita la jgk kot.. maklumla nak dpt sekolah baru.. dah la.. malas citer pnjg.... motifnya cuma, projek sekolah tu direct bwh pengawasan JKR JOHOR. Unit Pendidikan especially.. Unit aku la.. bangga la jgk kan walaupun bukan aku yg jaga projek tu. kekekeke...

jap.. ada pic x ek...
?

?

?

?

?

?

?

akan diupload kemudian hari...

Thursday, 30 June 2011

Thursday, 30 Jun 2011

tup..tup.. arini dah last bln jun. sok dh msuk bln julai. alahaii.. cptnya masa b'lalu kan. rasa2nya cam x de ape lg yg aku dpt dlm masa 1st six month nie. cuma bakal dapat BABY jek.. alhamdulillah...

arini, kitaorg dak2 opis pendidikan gi meeting kat jkr (d) mersing.. meeting pemantauan projek2 pendidikan, aku ni wat penyebok jek. kunun2nya urusetia mesyuarat la.. cehhhhh... dah bos sndiri kata soh pegi, aku pegi je la. so, aku, yuyun, zul and bos kecik kitaorg en azmi pegilah............. sket pnye ramai bos besar aku ni bwk anak buah. at last ape yg korang nak tau... bos besar kitaorg tu wat meeting sndiri. pendek kata, dia yg handle meeting tu sorang2.. kitaorg yg ramai2 pegi ni just jadik tunggul jek. aku ni x pe la. mmg x amik port pun. penolong jurutera kitaorg pun x b'suara sepatah hape. serupa dia pegi sorang jek, x yah bwk kitaorg2 nie.. abis citer. masing2 just pegi mkn angin je la, pastu mkn and balik. perghhhh......... kitaorg mmg dah lama mkn hati berulam jantung ngn bos besar kitaorg nie.. ermmmmmmmm.. dah la. ckp byk pun x guna. sukati dialah nak wat pe. bak kata yuyun, diakan 
BOSS !!!!!!!!

Hari Ko-Ko Nurin

lama dah x update blog nie.. kalau dah start malas tu malas je la.. klau dtgnya rajin tu, hari2 nak update. kan..kan.. ari ahad aritu, kitaorg "berholiday" kat kotaraya jek.. sbbnya......... ada hari ko-kurikulum tadika si nurin tu. so, sekolah dia just msuk p'tandingan lagu patriotik jek. dari belakang aku dok dengo suara anak aku ni. rupanya mikrofon tu betol2 depan molot dia. ermmm patutlah........ kat umah sket pun x nak praktis. aku dok tggu jgk.. hampeh.. katanya lupa lirik. tp klau dah ramai2 tu leh ingat plak kan.. biasalah... so, tgok gambo je la yek..

alahai nurin.. muka masamnya.. en husband kata, sebijik cam aku.. kekeke..



see, semangat berpatriotik tol kan..kan.. hehehe...



 ni la guru kelas nurin.. cikgu salmah.. hehe sama nama cam mak aku daa.... tp umurnya... jeng..jeng.. dia lg muda dr aku...




kitaorg lak yg dok posing kat blakang nie... airis and the "peace"nya yg x jadik2.. kih3..

Friday, 10 June 2011

kisah hari ini

x de pape pun sbnrnya... kekeke... cuma letih je melayan anak2 yg m'besar dgn pelbagai ragam dan kerenah. start smlm campur ngn arini aku cuti. jadi bby siter kat anak2 sndiri. anak akak ipar aku admit hospital. bru 4 bulan. cian dia. aritu diorg eksiden masa nk gi kenduri kawin kat tenggaroh. nasib org x pape. tp hentakan air bag tu pun menyakitkan jgk rasanya kan. so, kelmarin akak aku gi hospital sbb nak check la. yg bby akmal plak kna batuk2. so, doktor trus tahan wad.. moga akmal cpt sembuh ye.. dgo mcm best jek kan dok umah.. tp klau budak2 buat hal rasa2nya gi keje lg best. hahaha... aku rasa korang pun sama cam aku jgk kan. klau x de dirindu, bila dpn mata asik nak mengamuk jek.. biasalah, manusia mmg slalu cam tu.

skang ni anak2 aku dua2 dah tido.  arini aku ada rajin sket. masak NASI AYAM. 1st time buat tue.. erm, jadi jgklah resepi aku tu setelah menalipon mak aku and tengok kat tenet.. hehe.. takut x menjadi jek.. tup..tup, masa nk mkn................. alamakkkk.. timun plak x de. so telan je la. tggu en rizal balik ptg karang aku soh lah dia singgah kedai jap beli.. seb baik anak2 pun mkn byk. alhamdulillah.. tu yg kenyang terus tido. lagi2 dlm kesejukan ekon kan. lg syok la diorg tido. aku nk tido, tp mata ni x mngantuk plak.. tu yg layan blog jap... fb pun x de pape.....
k, la... ni je citer utk harini..

to be continued. daaaaaaaaaaaa..

Wednesday, 8 June 2011

FM !!

erm.. aku pun ada koleksi fm. walaupun x byk tp kira ok la tu kan.. at least ada gak dr obersea, batam, bandung, spore.. opss.. 3 jek. lain2 sume dlm negara. hehe.. kot2 ada sesape yg nk bg kat aku ni, dipersilakan lah yek.. so, aku upload gambo je la ye..





antara koleksi fm aku yg ada.. siap ada tampal2 kertas lg. surat dr sek nurin senang aku nak ingat..

sakit pinggang den

aduhhhhh.. sakit tol pinggang aku ni.. kenapa? apa sebab? ni la dia kesannya sbb mesin basuh aku rosak.. so, kena la basuh baju guna berus and tulang empat kerat aku nie. tp tang baju beso2 aku soh laki aku anto dobi.. hahaha.. tp tang baju budak2 and yg "secret2" tu aku basuh sndiri jek. itupun menambun satu bakul penuh.. b'peluh2 aku dok dlm bilik air..... erm.. ntah bila la mesin aku tu nk betol. kena order dulu brgnya. kipas dia dah rosak x mo pusing dah.... nak order pun mkn masa jgk tu.. adoiiiiiiiiiiiiiiiii... tulun..tulun.....
mesin basuh tu akak ipar aku yg bg masa baru2 pindah umh. jimat sket. lgpun elok lg. brand elba. skang ni jek dia wat hal lak.. sabo je la. x kan nk soh kitaorg beli yg baru lak. perghhhhh... duit..duit.. dimanakah duit.. hahaha....

sekian, terima kasih..



ni la ghupanya mesin basuh kesayangan aku. walaupun dpt secara FOC tp byk jasanya pd aku sefamily...

Thursday, 2 June 2011

Thursday already ~

erm... khamis sudah. x tau nak buat ape arini. padahal byk surat2 yg nk kena msuk fail nie. menambun ats troli sblh meja aku nie. tp disebabkan bos2 x de so mood nk wat kje pun x de arr.. nak ngulorrrr jek.... sementara line maxis ni tgh "laju giler" aku update la blog aku nie. hehehe.. saje buang2 masa. suka kan camtu..

k, la.. x tau nk citer ape lg.. aku upload gambo je la...




kat DAIMAN BOWL, johor jaya



opis aku.. tempatku mencari rezeki.. kekeke..





gedik2 kat opis (alamak.. ada plak gambo senget.. belasahhh..)









bandung dalam kenangan

Monday, 23 May 2011

sambungan permata hati....




airis dania bt azriezal

Permata hati

Errrrmm... x de ape yg nak diciterkan kat blog nie.. so, aku upload je la pic anak2 aku dari kecik smpai ke beso.... inilah anugerah Allah buat kami, NURIN SOFEA, 6 TAHUN dan AIRIS DANIA, 2 TAHUN. coming soon, kita tggu samada lelaki atau perempuan ye... hehehe (dlm hati ini ku mengharapkan kehadiran seorang bby lelaki buat peneman ayahnya... insyaAllah).




 nurin sofea bt azriezal