Friday 27 April 2012

Alahai Demam

Assalamualaikum

Alkisah anak2 saya demam panas minggu lepas.. takut saya dibuatnya. lagi2 si arissa. maklum la kan. dia tu kecik lagi. takut gak ape2 hal. demam skang ni bukan bleh buat main. dalam kol 2 pagi tu, aku buat "panjing" (betul ke perkataan ni.. haha belasah) kat arissa. balut satu badan ngn towel basah sbb nk kurangkan panas dia tu. dlu masa airis demam siap bwk gi spital, camtu la doktor buat. pagi tu alhmdulillah, badan dia dah x bape panas sgt. so, lega la kan. airis pun sama. panas badan dia.. dia ni aku tampal ngn cool fever je la.. alhamdulillah, dua2 dah sihat cuma batuk ngn selesema la plak... macam2 hal kan budak2 ni... tu la cabaran nak besarkan anak2.. sabar je la..

 kol 2 pagi.. t'paksa buat camni sbb dah panas sgt... cian dia...

Tuesday 24 April 2012

Sharing Is Caring

Assalamualaikum...

saje nak post entry ni.. cam best lak kan.. just utk makluman dan pengetahuan kita sume sbg seorg ibu yg menyusukan anak...

Checklist jika rasa ibu berkurang.
( feel free to share or like)

Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

- Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
- Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini.
-Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.



Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ka tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?

Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.


4. Baru mengambil pil perancang?

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.


7. Adalah anda on diet?

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.


8. Cukup rehat? Stress?

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.


9. Anda sakit?

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

1.Menyusu secara direct dengan lebih kerap
2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
5. Buat urutan payudara dan breast compression.
6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.


"Thank's to Ida Khairani Shaklee ats info ini.."

Thursday 19 April 2012

cuti

assalamualaikum..


harini 19.4.2012 tarikh si kecik saya arissa appoinment klinik. dlm kol 9 aku ngn arissa pi la. en husband t'paksa bekerja so dia x dpt nk temankan kami. lgpun, sy dah biasa pegi klinik tanpa ditemani suami. wlaupun org kata tanggungjawab suami knalah teman isteri ngn anak, tp pd saya x sume org berfikiran camtu. x teman bukan x bererti x sayang anak isteri, dan x semestinya yg teman isteri tu betul2 sayang dan setia pd isteri.. setuju x??? huhu... saya x kisah pun klau suami saya x nak teman saya. klau dia nak teman tu satu bonus buat saya.. alhamdulillah...

kisahnya, pg td pi la klinik, smpai2 klinik apesal la arini sume yg peknen2 je. x de check budak ke? dalam hati dah berdetik ni, kompem arini x de check budak sbb arini ari khamis. bila nama arissa safiya dipanggil je..... sah!!! kak, arini x de check utk budak ye.. huhh!! sbb nk cover kan.. ni bukan salah saya, dah date tu tulis 19hb saya datang je la.. hurmm.. ni bdk praktikal yg tulis ni kak...saya bg tarikh lain la ye, 24hb ni.. dah tu, korang x check balik ke date tu x de utk budak.. (tp dlm ati je la..). apalagi, angkat beg, blah laaa... &^^%$*&Y)(.. geram je kan.. 

nak lepaskan geram, aku cuti je trus arini. kebetulan, mak mertua aku x bape sihat, demam + batuk.. so peluang la aku kan.. hehe..

Tuesday 17 April 2012

Makan Saje

Assalamualaikum

Jumaat lepas. waktu lunch sebok nak berjalan. rehat lama kannn.. ajak la member opis pi jenjalan. tp x tau nak kemana. last2 kitaorg pi jusco taman universiti. mula2 tu si member aka driver.. hak3.. tertinggal beg duit kat umah. balik2 umh cari2 x de.. rupe2nya beg duit dia dlm dashboard keta dia jek. cehhh.. hampehhh tol minah nie...x tau nk mkn ape, susah tol nk pikir kan bila org tnya "ko nk mkn ape".. perghh trus blank.. ada gak org camni kan.. hahaha.. aku la tu... x mcm org lain, bila tanya jek... zassss.. trus dpt jawapan. kompem org tu kaki makan pnye...

so, turun keta je trus nmpk signboard JOHHNY..... kesudahannya kesitu lah kami bertiga..... jom layan gambo2 nie..

 saya laaa...

 kawan2 saya yg kuat ketawa

 makannnnnnn......yummy.. pewot lapo, licin... :)

 saya punya air... air durian belanda...

makanan tambahan.. chicken wing ngn nasi daging ape ntah... x bape sedap....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pastu kitaorg makan ni pulak... tapau jek..

 saya punya... RM7.40... erkkk..

 yg ni yuyun punya.. RM 10 hengget lebih kot..

dan yg ni cik iffah punya.. harga lebih kurang sama cam aku..

alkisahnya... aku 1st time makan tutti frutti nie... huhu...

abisss.....

Thursday 12 April 2012

My Lovely Princess

Assalamualaikum

Hari Khamis setelah bercuti 1 hari semalam sempena pertabalan YDP Agong.. x de keje nak buat so, update blog la..big bos pun x de.. horeyyyy... hehe... tp x tau nk sory mory ape. dok belek2 gambo anak2 ermm... sama serupa je anak2 aku ni. muka sepesen.. tengok je la yekk.. agak2 tang mana yg ada beza tu.. huhu...

 My 1st Princess ~ NURIN SOFEA

 My 2nd ~ AIRIS DANIA

My 3rd ~ ARISSA SAFIYA
.
.
.
.
.
. My 4rd ???????
.
.
.
COMING SOON YE...

Wednesday 11 April 2012

Lotus Desaru Beach Resort

Assalamualaikum...

waaaa... saya bru terperasan akan pic2 kat lokasi nie. saya pegi bersama keluarga sebelah mertua saya. kami mmg tiap2 thn akan buat trip. x kisah la pi mana pun, janji ada pegi jenjalan release tension. masa ni si arissa baru berumur 4 bln lebih.. saya upload je la pic2 ni ye utk tatapan kwn2 sume. agak2 klau nk pegi tempat ni leh la mntak info ngn saya.. uhukk!!..

 peace from airis dania and adam zafri
 abg ipar saya dgn anak2nya, akmal zakuan and nurul ardini
 ank kakak ipar saya yg no 2. nurul ardini.. sejukkk!!
 sedang menunggu air jatuh dr buah kelapa.. eh, kelapa ke? x hengat la plak.. ye ye oo je si yanti ngn si dilah ni.. (adik2 ipar saya)
 gaya macho adik ipar saya... azim.......................
 tu diaaaaa.......... si besar dan si kecil... hahaha... amer (adik ipar saya) wif en.asben saya...
 ni la ibu mertuaku....... yg setia mnjaga cucu cenonet nie...
 hurmmm.... tido lena si kecik dlm dakapan ibunya yg sedang basah kuyup...
 ni plak cik Nurin Sofea saya yg kurus sangat2. mkn byk pun bdn ttp cekeding... adehhh...
 jalan2 je kat laut ni, x mandi pun..
 woooooo... Airis Dania saya yg seksi. swimming suit yg dah kecik... hullaaaa....
 suka btol anak2 ni........... 
 suasana pantai di waktu petang...
sebelum balik...... kita posing dulu.... yeehhaaa..!!

inilah keluarga besar sebelah suami saya...  beserta 9 org cucu yang  nakal2 dan bersuara nyaring.... pening kepala bila dh ramai2 kumpul..  whateverpun, saya bahagia berada dalam lingkungan keluarga ini...

Kami Bertiga

Assalamualaikum..




pica2 di atas ni diambil sblum kami b'tolak ke rumah sahabat saya, Yuyun yg akan bertunang...(masa saya update blog ni dia dah sah mnjadi tunangan org jauh). so, kami tiga beranak ni dok la posing2 kat dpn umh kami disamping "2nd gelpren" en.usben, JJK5225.. cik arissa sedang tido masa ni...our cameraman x lain dan x bukan adalah en.usben saya aka ayah anak2 saya

uppsss... gambar2 adalah di lokasi yg sama... huhu... dan saya nmpknya sudah lebar.......... arghhhh!! diet..diet...!

Monday 9 April 2012

Nunang Kunang

Alkisah...
sahabat baik merangkap opismet saya bertunang tanggal 8 April 2012 smlm. serba kuning youu.. maklumla kan, kje pun kat JKR, so warna memainkan peranan gak k...

so, tahniah la buat sahabat saya ni yang bernama NURUL NOOR BAIZURA BINTI MUSA (aka YUYUN) DAN TUNANGANNYA WAN HAZIZI..... dpt org jauh ni. utara, takut dia bila kitaorg ckp ko lps kawin kna dok kedah.. haha.. moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan sehidup semati hingga ke hujung nyawa...



Monday 2 April 2012

Kisah Sabtu Malam Ahad

Al-kisah....

ptg kol 4 bapak aku kol tnya "ko nk pi makan2 x".. makan2???? wo..wo... bagai pucuk dicita ulam mendatang. rupenya atuk aku nk blanje makan kat senibong. diorg dtg dr sayong. so, dlm kol 6.30 aku kuar umh sbb diorg dh tggu aku kat tepi jalan.. ramai upenya makcik2 n pakcik2 n sepupu sepapat sume ada... wah.. kompem makan beso ni. patutlah bapak aku soh wakil. maklumla.. dia "org jauh".. huhu... makcik aku dh book siap2 klau x jenuh nk menunggu. lps satu, satu makanan dtg. dgn ikan siakapnya, sotong, udang, ayam, lala, kerang, tomyam, ketam dan menu speselnya.......... siput gonggong. fuhh, x tergamak nk mkn, x tau la ape rasanya kan. tp bak kata kawan aku sal, sedappppp... erkkk..... penuh meja smpai x nmpk dah alas meja tu. so, masing2 makan smpai muntah...erm x de gambo la plak. sume pic diambil oleh sepupu aku dgn tab nye yg beso tu... huhhh.. ko ada!!! aku pun x de.. hahaha... sblm balik smpt riki2 ngn makcik aku bpe "rat" mkn2 nie.... pergh, hmpir2 4angka ko... fuhhh dasat.. whateverpun, alhamdulillah, walaupun aku mkn dgn x kenyang sbb sebok ngn anak2, tp kira puas ati la jgk sbb dpt kumpul ngn sedara mara aku nie.. lps mkn, diorg dok sebok nk pi bazar karat lak. aku?? balik umh ler... ank2 dh letih + mengantuk. arissa lak leh wat perangai masa tu. perghh.. ilang selera den. klau dia mngntuk giler, gitulah... wat perangai.. terima kasih utk my "nenek" sbb blanje makan beso nie.. mmg dia niat upernya.. aku panggil dia "nenek" wlaupun dia lelaki sbb mmg dah gitu dr dlu kitaorg cucu2 pnggil "nenek" dia satu2nya "nenek lelaki" yg aku ada belah ayah aku. nenek pmpuan aku dah meninggal 2 thn lps.. rasanya la. lupa date.

 
lps mkn.. ronda2 kat situ jek.. klau x de org pelawa, x denyer nk pi mkn kat sini..