Saturday 3 November 2012

welkom back..

Assalamualaikum...

achummmmm... berhabuk sudah blog aku nih. tu namanya dah berzaman x update. bukannye ape, line maxis kat opis slow mcm siput ba alif ba ya... kat umh plak mmg x de masa nk update. maklum la, anak dah 3, en abg sayang lg... pastu kol 10 kompem kna masuk bilik sbb anak dara sulung aku kna tido awal. klau x mmg liat nak bangun pi sekolah. selalunya, ngan aku2 skali terus mimpi nan indah.. hahaha.. 

ermm.. arini berkesempatan jap nak jengah2 blog nie.. sebabnya, en hsbd n nurin serta airis pi umah akak. abang ada job pasang water heater. aku ditinggalkan bersama si comel arissa dari pukul 4 ptg smpai skang diorg x balik2 lg nie.. 11.15 malam.. adeh.... mana la diorg ni kan.. sunyi plak bila budak2 ni x de. bila ada nak bergaduh plak. haiyakkkk...

so, setakat ni x de ape nak diciter kan sgt sbb x de idea.. gud nite...!

Tuesday 17 July 2012

Henpon

Assalamualaikum...

ini plak kisah henpon blackberry saya. suka sangat buat hal.. huruf "A" yg x boleh nak tekan.. so, segala mesej or update status or komen2 yg memerlukan huruf A saya gunalah huruf ni.......@, bak kata member2 saya dah macam tulisan tamil daaa....

so, semalam, saya x keje saya pi ler hantar repair... 60 hengget youuuuuu repair keypad tu. huh, keypad lock btol. tp sbb saya dah malas nk dgr member2 saya kutuk saya, saya pi la repair. utk kesenangan diri sendiri jgk. nk beli henpon baru, x mampu lagi.. hehehe... so, setia je la pd BB saya nie...


no more huruf @ begini yer.. (ni member opis saya dok pedajal la nie, perli2.. cehh hampeh sungguh kan)

gegata or alergic?

Assalamualaikum..

wah, lamanya saya x update blog ni. menyepi je. bila dah start malas, mmg malas je la kan.. hehe..
ni kisah ank kecik saya, Arissa. hari jumaat aritu, dia demam n batuk berkahak. so, saya bagi la ubat. nak kata ubat tu dah lama or expired, x jugak. sbb bln lps bru je bwk pi klinik. tapi benda nak jadi kan.. satu muka dia tu naik bengkak2. mar mertua saya kata gegata. so, macam2 la petua yg org2 tua bagi. guna kunyit n garam la, pastu amik belakang pisau belah2 kat tempat kna gegata tu... ayah aku plak kata amik kain hitam gosok2 kat tempat tu. aku try je la mana yg mampu kan. kebetulan lak masa tu nak balik nitar. so, dah smpai kat poliknik mersing means dah masuk jalan nitar kitaorg patah balik pi bandar nak pi klinik sbb bengkak dia tu dah teruk sangat, dia plak asik menangis je maybe gatal la kot kan.. yg geramnya sume klinik kat mersing ni TUTUP.. perrghhh, hangin je kan.. dah le klinik seciput je kat sini, leh plak diaorg tutup. last2, kitaorg mmg x de pilihan pi je la hospital mersing tu. alhamdulillah.... datang kendian tp dapat masuk dlu. maybe dia tgok budak kecik kot. hehe... dah kena injet tu nmpak ok sket la.. kurang sket bengkak2 dia tu.. dan alhamdulillah, semalam (Isnin, 16.7.2012)... dah x de tanda2 bengkak tu. cuma saya konpius je... apakah punca dia jadi camtu... ??????




ni la pic2 arissa masa bengkak2 tu. ni baru pas kena injet... siannye anak ibu........

Friday 27 April 2012

Alahai Demam

Assalamualaikum

Alkisah anak2 saya demam panas minggu lepas.. takut saya dibuatnya. lagi2 si arissa. maklum la kan. dia tu kecik lagi. takut gak ape2 hal. demam skang ni bukan bleh buat main. dalam kol 2 pagi tu, aku buat "panjing" (betul ke perkataan ni.. haha belasah) kat arissa. balut satu badan ngn towel basah sbb nk kurangkan panas dia tu. dlu masa airis demam siap bwk gi spital, camtu la doktor buat. pagi tu alhmdulillah, badan dia dah x bape panas sgt. so, lega la kan. airis pun sama. panas badan dia.. dia ni aku tampal ngn cool fever je la.. alhamdulillah, dua2 dah sihat cuma batuk ngn selesema la plak... macam2 hal kan budak2 ni... tu la cabaran nak besarkan anak2.. sabar je la..

 kol 2 pagi.. t'paksa buat camni sbb dah panas sgt... cian dia...

Tuesday 24 April 2012

Sharing Is Caring

Assalamualaikum...

saje nak post entry ni.. cam best lak kan.. just utk makluman dan pengetahuan kita sume sbg seorg ibu yg menyusukan anak...

Checklist jika rasa ibu berkurang.
( feel free to share or like)

Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

- Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
- Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini.
-Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.



Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ka tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?

Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.


4. Baru mengambil pil perancang?

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.


7. Adalah anda on diet?

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.


8. Cukup rehat? Stress?

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.


9. Anda sakit?

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

1.Menyusu secara direct dengan lebih kerap
2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
5. Buat urutan payudara dan breast compression.
6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.


"Thank's to Ida Khairani Shaklee ats info ini.."

Thursday 19 April 2012

cuti

assalamualaikum..


harini 19.4.2012 tarikh si kecik saya arissa appoinment klinik. dlm kol 9 aku ngn arissa pi la. en husband t'paksa bekerja so dia x dpt nk temankan kami. lgpun, sy dah biasa pegi klinik tanpa ditemani suami. wlaupun org kata tanggungjawab suami knalah teman isteri ngn anak, tp pd saya x sume org berfikiran camtu. x teman bukan x bererti x sayang anak isteri, dan x semestinya yg teman isteri tu betul2 sayang dan setia pd isteri.. setuju x??? huhu... saya x kisah pun klau suami saya x nak teman saya. klau dia nak teman tu satu bonus buat saya.. alhamdulillah...

kisahnya, pg td pi la klinik, smpai2 klinik apesal la arini sume yg peknen2 je. x de check budak ke? dalam hati dah berdetik ni, kompem arini x de check budak sbb arini ari khamis. bila nama arissa safiya dipanggil je..... sah!!! kak, arini x de check utk budak ye.. huhh!! sbb nk cover kan.. ni bukan salah saya, dah date tu tulis 19hb saya datang je la.. hurmm.. ni bdk praktikal yg tulis ni kak...saya bg tarikh lain la ye, 24hb ni.. dah tu, korang x check balik ke date tu x de utk budak.. (tp dlm ati je la..). apalagi, angkat beg, blah laaa... &^^%$*&Y)(.. geram je kan.. 

nak lepaskan geram, aku cuti je trus arini. kebetulan, mak mertua aku x bape sihat, demam + batuk.. so peluang la aku kan.. hehe..

Tuesday 17 April 2012

Makan Saje

Assalamualaikum

Jumaat lepas. waktu lunch sebok nak berjalan. rehat lama kannn.. ajak la member opis pi jenjalan. tp x tau nak kemana. last2 kitaorg pi jusco taman universiti. mula2 tu si member aka driver.. hak3.. tertinggal beg duit kat umah. balik2 umh cari2 x de.. rupe2nya beg duit dia dlm dashboard keta dia jek. cehhh.. hampehhh tol minah nie...x tau nk mkn ape, susah tol nk pikir kan bila org tnya "ko nk mkn ape".. perghh trus blank.. ada gak org camni kan.. hahaha.. aku la tu... x mcm org lain, bila tanya jek... zassss.. trus dpt jawapan. kompem org tu kaki makan pnye...

so, turun keta je trus nmpk signboard JOHHNY..... kesudahannya kesitu lah kami bertiga..... jom layan gambo2 nie..

 saya laaa...

 kawan2 saya yg kuat ketawa

 makannnnnnn......yummy.. pewot lapo, licin... :)

 saya punya air... air durian belanda...

makanan tambahan.. chicken wing ngn nasi daging ape ntah... x bape sedap....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pastu kitaorg makan ni pulak... tapau jek..

 saya punya... RM7.40... erkkk..

 yg ni yuyun punya.. RM 10 hengget lebih kot..

dan yg ni cik iffah punya.. harga lebih kurang sama cam aku..

alkisahnya... aku 1st time makan tutti frutti nie... huhu...

abisss.....

Thursday 12 April 2012

My Lovely Princess

Assalamualaikum

Hari Khamis setelah bercuti 1 hari semalam sempena pertabalan YDP Agong.. x de keje nak buat so, update blog la..big bos pun x de.. horeyyyy... hehe... tp x tau nk sory mory ape. dok belek2 gambo anak2 ermm... sama serupa je anak2 aku ni. muka sepesen.. tengok je la yekk.. agak2 tang mana yg ada beza tu.. huhu...

 My 1st Princess ~ NURIN SOFEA

 My 2nd ~ AIRIS DANIA

My 3rd ~ ARISSA SAFIYA
.
.
.
.
.
. My 4rd ???????
.
.
.
COMING SOON YE...

Wednesday 11 April 2012

Lotus Desaru Beach Resort

Assalamualaikum...

waaaa... saya bru terperasan akan pic2 kat lokasi nie. saya pegi bersama keluarga sebelah mertua saya. kami mmg tiap2 thn akan buat trip. x kisah la pi mana pun, janji ada pegi jenjalan release tension. masa ni si arissa baru berumur 4 bln lebih.. saya upload je la pic2 ni ye utk tatapan kwn2 sume. agak2 klau nk pegi tempat ni leh la mntak info ngn saya.. uhukk!!..

 peace from airis dania and adam zafri
 abg ipar saya dgn anak2nya, akmal zakuan and nurul ardini
 ank kakak ipar saya yg no 2. nurul ardini.. sejukkk!!
 sedang menunggu air jatuh dr buah kelapa.. eh, kelapa ke? x hengat la plak.. ye ye oo je si yanti ngn si dilah ni.. (adik2 ipar saya)
 gaya macho adik ipar saya... azim.......................
 tu diaaaaa.......... si besar dan si kecil... hahaha... amer (adik ipar saya) wif en.asben saya...
 ni la ibu mertuaku....... yg setia mnjaga cucu cenonet nie...
 hurmmm.... tido lena si kecik dlm dakapan ibunya yg sedang basah kuyup...
 ni plak cik Nurin Sofea saya yg kurus sangat2. mkn byk pun bdn ttp cekeding... adehhh...
 jalan2 je kat laut ni, x mandi pun..
 woooooo... Airis Dania saya yg seksi. swimming suit yg dah kecik... hullaaaa....
 suka btol anak2 ni........... 
 suasana pantai di waktu petang...
sebelum balik...... kita posing dulu.... yeehhaaa..!!

inilah keluarga besar sebelah suami saya...  beserta 9 org cucu yang  nakal2 dan bersuara nyaring.... pening kepala bila dh ramai2 kumpul..  whateverpun, saya bahagia berada dalam lingkungan keluarga ini...

Kami Bertiga

Assalamualaikum..




pica2 di atas ni diambil sblum kami b'tolak ke rumah sahabat saya, Yuyun yg akan bertunang...(masa saya update blog ni dia dah sah mnjadi tunangan org jauh). so, kami tiga beranak ni dok la posing2 kat dpn umh kami disamping "2nd gelpren" en.usben, JJK5225.. cik arissa sedang tido masa ni...our cameraman x lain dan x bukan adalah en.usben saya aka ayah anak2 saya

uppsss... gambar2 adalah di lokasi yg sama... huhu... dan saya nmpknya sudah lebar.......... arghhhh!! diet..diet...!

Monday 9 April 2012

Nunang Kunang

Alkisah...
sahabat baik merangkap opismet saya bertunang tanggal 8 April 2012 smlm. serba kuning youu.. maklumla kan, kje pun kat JKR, so warna memainkan peranan gak k...

so, tahniah la buat sahabat saya ni yang bernama NURUL NOOR BAIZURA BINTI MUSA (aka YUYUN) DAN TUNANGANNYA WAN HAZIZI..... dpt org jauh ni. utara, takut dia bila kitaorg ckp ko lps kawin kna dok kedah.. haha.. moga berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan sehidup semati hingga ke hujung nyawa...



Monday 2 April 2012

Kisah Sabtu Malam Ahad

Al-kisah....

ptg kol 4 bapak aku kol tnya "ko nk pi makan2 x".. makan2???? wo..wo... bagai pucuk dicita ulam mendatang. rupenya atuk aku nk blanje makan kat senibong. diorg dtg dr sayong. so, dlm kol 6.30 aku kuar umh sbb diorg dh tggu aku kat tepi jalan.. ramai upenya makcik2 n pakcik2 n sepupu sepapat sume ada... wah.. kompem makan beso ni. patutlah bapak aku soh wakil. maklumla.. dia "org jauh".. huhu... makcik aku dh book siap2 klau x jenuh nk menunggu. lps satu, satu makanan dtg. dgn ikan siakapnya, sotong, udang, ayam, lala, kerang, tomyam, ketam dan menu speselnya.......... siput gonggong. fuhh, x tergamak nk mkn, x tau la ape rasanya kan. tp bak kata kawan aku sal, sedappppp... erkkk..... penuh meja smpai x nmpk dah alas meja tu. so, masing2 makan smpai muntah...erm x de gambo la plak. sume pic diambil oleh sepupu aku dgn tab nye yg beso tu... huhhh.. ko ada!!! aku pun x de.. hahaha... sblm balik smpt riki2 ngn makcik aku bpe "rat" mkn2 nie.... pergh, hmpir2 4angka ko... fuhhh dasat.. whateverpun, alhamdulillah, walaupun aku mkn dgn x kenyang sbb sebok ngn anak2, tp kira puas ati la jgk sbb dpt kumpul ngn sedara mara aku nie.. lps mkn, diorg dok sebok nk pi bazar karat lak. aku?? balik umh ler... ank2 dh letih + mengantuk. arissa lak leh wat perangai masa tu. perghh.. ilang selera den. klau dia mngntuk giler, gitulah... wat perangai.. terima kasih utk my "nenek" sbb blanje makan beso nie.. mmg dia niat upernya.. aku panggil dia "nenek" wlaupun dia lelaki sbb mmg dah gitu dr dlu kitaorg cucu2 pnggil "nenek" dia satu2nya "nenek lelaki" yg aku ada belah ayah aku. nenek pmpuan aku dah meninggal 2 thn lps.. rasanya la. lupa date.

 
lps mkn.. ronda2 kat situ jek.. klau x de org pelawa, x denyer nk pi mkn kat sini..

Thursday 29 March 2012

sakit

Assalam...........


Minggu ni minggu sakit buat kami sekeluarga.. asalnya si kecik Arissa kena demam, batuk n selesema. dia dah ok, jangkit kat aku lak... sama je situation nyer. and 4 the same time, kena lak kat si kakak Nurin.. dia ni leh tahan gak demamnya. pi klinik aku mintakkan MC utk dia 3 hari.. so, 3 hari jgk la dia x sekolah... si Airis lak, bru nk kna demam n selesema. mlm td panas dah badan dia. tp bleh tahan lg smpai ke pagi. lps bfast trus bg ubat. so far dia nmpk ok... tinggal lg en Rizal yg blom kena.. dia tu mmg nk amik peluang je sakit ni sbb nk cuti katanya... hampeh kann... so, arini aku, nurin n airis dok umah, arissa anto umh nena........... so, rilekss.. layan budak2 beso jek.. ermm.. windu lak kat si kecik nie...

Monday 27 February 2012

Renung2kanlah.....


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai A...
kauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkire...: Teduhan Kasih :

Wednesday 22 February 2012

Monday 20 February 2012

belated bufday AIRIS DANIA

Hepi bufday to our wonderful princess, AIRIS DANIA, 3rd years old and thanks for bringing so much joy into our lives each and every single day.. We love u so much dear..
"Ni projek semlm baru pagi ni dpt upload....tempahan pn Supatani Binti Jalani untuk bday anak daranya Airis Dania, kek rainbow layered with buttercream n lemon custard fillng n coated with choc ganache...nmpk kek ni x tinggi tapi berat u...utk p supatani, thanks for the oder n semuga berkenan ya...."
cer teka bape rege kek nie... RM100++..... errkkkk.. tercekik aku dengor. kek ni order ngn org opis aku. x kisah la kan. janji puas ati. utk anak lak tu.. rasa dia pun sedappppp..... mula2 akak tu kata x sampai 2 kilo pun. tp bila dah deco, smpai 2.5kg lak.. tu yg mahal... x pe, janji airis suka.. hehehe...
 

Kelam Kelibut

wahhhh... sedo2 pg td jam dah kol 6.21... sepantas kilat aku melompat turun dr katil.. rasa senoning je kepala aku nih.. adeh.. jam dah kunci tp apesal x bunyi2.. siot tol la.. nasib baik baju aku ngn baju sekolah nurin dah siap b'gosok, beg baju anak2 dah stanby.. slmt sket.. kuar umh kol 7.10. lmbt dah nie.. cam x sempat je. tp dlm ati berdoa sempat la. sbb jam punch card kat opis aku mmg lmbt giler. tu yg aku buat2 cool je, siap antar nurin, antar airis ngn arissa lak.. trus kitaorg laki bini gi kje. dr umh mak mrtua kol 7.20.. berdezupppppppp... laju je..

alhamdulillah aku sempat punch card 7.57. ada lagi 3 minit... huhhh LEGA........

Wednesday 15 February 2012

welkom back

assalam, selamat pagi n salam 1 malaysia... wah gitu..

diam x diam dah msuk setengah tahun aku x update blog nie. dia klau dah malas, kompem sampai bila2 pun malas. nk start balik tu yg makan masa. huhuhu...

dlm setengah tahun ni mcm2 kisah suka dan duka berlaku pada aku dan keluarga aku amnya... mgkin ini satu anugerah dan mugkin juga satu ujian buat kami....

KISAH PERTAMA....
alhamdulillah, pada tanggal 10.10.11 jam 9.44 malam di hospital sultan ismail, j.bahru  lahir lagi seorang puteri dalam keluargaku. kehadirannya mmg dinantikan setelah 9 bln dia berada dekat denganku, di dalam rahimku. akhirnya, dia selamat melihat dunia ciptaan Tuhan dalam tempoh masa yg singkat. alhamdulillah sumenya b'jalan lancar. tp, walaucamna sekalipun, ada gak malang bagi aku.. maybe masa bersalin tu aku terangkat punggung akibatnya t'paksalah aku msuk OT room. bius separuh badan sbb nak jahit yg kat bwh tu. doktor kata luka dia 3degree.. ntahh aku pun x paham. aku tadah je laa.. 1st time aku msuk bilik bedah. seram youuuu.... smpai 8 org dok dlm tu semata2 nak setelkan hal aku yg sorang nie.. mmg aku x rasa ape2 pun masa doktor buat kje kat bwh tu.. aku cuma rasa tgn doktor senggol2 kaki aku je. itupun x rasa sekuat mana. 15 minit, setengah jam.. adehhh bila nak siap nie. pakar bius sntiasa ada di sisi aku masa operation tu. kaki aku dah lenguh giler nie.. keje x siap2 lg. doktor kata sikit je lagi.. sikit je lagi.. aku dah mula dok tendang2 doktor yg jait tue. "sabo dik, sket je lagi nie..." huhhhh.. mmg sengal tahap gaban kaki aku nih.. sape yg penah rasa dia taulah camne seksanya. bukan sakit sbb kna jait tp sengal n lenguh kaki tu yg x tahan... akhirnya... selesai jgklah.. lega aku rasa dpt lunjurkakn kaki nie... ditolak kuar pegi lak bilik saringan lps operation. katanya nk pantau sbb aku lps operation n ubat bius tu abis laa... lama gak aku melongo kat situ. dah le baring jek. nak gerak2 pun rasa x rasa je.. 1 hal lagi aku tanggung azab kat situ... selesai gak maybe dlm sejam lebih aku kat situ... pastu baru pindahkan aku kat wad biasa. itupun bukan kat wad org bersalin normal. aku kna masuk wad org bersalin operation. org lain dok bedah kat perut, aku plak bedah kat bawah.. hahahaha.. kesian kan.... patut diorg tgok aku pelik je sbb bleh jalan laju2.. kekekeke... 4 hari gak aku bermastautin kat spital.. tang mkn lak, kna makan soft diet je. bubur2 je. x leh mkn yg keras2 takut efect kat tmpat jait tu klau aku buang air bsr.. bersalin nyer senang, tp lain hal plak jadi. terpaksalah redha je... nurse2 kat situ sume baik2 belaka. boleh la kan. muda2 lagi... cun2 plak tue.... hehehe..doktor kata klau aku dah buang air besar bru leh balik. peghh aku tggu2 bila nak pewot aku ni nk meragam. siap soh en. husband dtg mlm2 bwk buah betik kat aku. nak kuar pnye pasal.... bsoknya, alhamdulillah... berjaya gak.. yeayyyyyyy.. bleh balik umah. rindu betol kat anak2 aku yg 2 org tue. budak2 mmg x bleh naik atas. so, 4 ari la aku x jmpe diorg..... hurmmmm... tq kat kwn2 opis yg sudi dtg melawat aku...

airis mula2 mmg x suka dpt adik baru. dia siap paling muka lagi bila aku suakan bby baru kat dia.. haha.. x leh terima kenyataan la tu kan. mana x nyer, beza pun 2 tahun jek. x psl2 dia dah jadi kakak. tp alhamdulillah, x lama mana pun. skang ngn adik dia bukan main close lg.. biasalah budak2 kan.

satu hal lagi, baby lak kena kuning.. nurse kata klau ibunya berdarah O (+ or -) kemungkinan bby kna jaundice mmg ada. termasuklah anak aku skali. memandangkan ank aku menyusu badan, so kuning dia lambat la turun. 1, 1 turun. hari2 amik darah kat kaki dia yg comel tu.. nak menangis aku tengok. hampir 2 mnggu gak aku berulang pi klinik masai amik darah dia. dah le jauh, dgn keadaan aku yg x sihat lagi. tp demia ank, aku gagahkan jugakla.. hsband plak t'paksa la msuk lewat gi kje. yg penting ank kita sihat.. and last day tu, nak dijadikan cerita, doktor klinik tu soh kitaorg bwk baby ke HSI pakar kanak2. katanya, kuning dia lambat turun n makan masa yg pnjg takut ada efect kat hati plak.. aduyaiiiii......  ptg tu jgk kitaorg bwk gi spital. siap amik darah, amik air kencing. nak amik air kencing lak terpaksa masukkan tiub kat pundi kencing bby. aku kat luar dah dengar suara dia menjerit nangis sekuat hati. sakit la kan.. aku plak dah berair mata kat luar tue... x sampai hati dgr dia menangis.... dlm ati, biarlah aku yg tanggung segala kesakitan dia tue...

dan sekarang 15.02.2012 dah 4 bulan pun umur dia.. opsss nama baby baru kami, ARISSA SAFIYA. nmpk simple je, tp susah gak nak mncarinya tue.. haha.. dok pusing2 kamus dpt la nama ni gabungan nama kakak2 dia, NURIN SOFEA, AIRIS DANIA... "kekuatan dan keazaman wanita mulia".. insyaAllah.. dan alhamdulillah jgk sbb sehingga tarikh ni, arissa masih menyusu badan.. jimat belanja den..... huhu..




puteri bongsuku...... ARISSA SAFIYA BINTI AZRIEZAL

KISAH KEDUA..........
kisah menyayat hati, kisah sedih buat adikku nurul fazrina. kita baca je la entry ni ea..

Pada jam 6.20am aku dikejutkan dengan panggilan dari HSI di mana keadaan anak ku tidak stabil dan diminta datang segera ke HSI, namun setibanya di hospital anak keduaku telah kembali ke Rahmatullah pada 28/1/2012 jam 7.10am di HSI akibat jangkitan kuman tahap serius pada paru-parunya..sesungguhnya dugaan ini cukup hebat untuk aku dan suamiku untuk menghadapinya..tetapi kami redha dengan pemergian si comel yang amat kami sayangi..."Elman Danish mama,papa dan abang elman sentiasa mendoakan adik agar tenang di sana..mama sayang sangat kat adik dan sehigga kini mama masih merindukan adik..." "Al-Fatihah"...
Elman Danish dilahirkan pada 14/1 jam 5.17pm dan di masukkan ke wad NICU pada hari yang sama jam 7.10pm...namun hidupnya tak lama..adik telah pergi ke Rahmatullah pada usianya genap 2minggu 28/1 jam 7.10am..hanya gambar ini pengubar rindu kami sekeluarga...kami amat merinduinya..namun kami redha dengan pemergian si comel..kami doakan agar adik bahagia di sana dan di tempatkan di tempat syurga yang paling atas...mama,papa dan abng elman terlalu sayangkan adik...
Al-Fatihah buat
ALLAHYARHAM ELMAN DANISH BIN RAZALI