alamak.. camne aku leh jadi follower utk diri sndiri ni. adoiiyaiiiiii... tolong..tolong.. camne nak remove balik nie... cis..cis..
Monday, 25 July 2011
hurmmm.. bowinkk...
bowink ker? nape ek.. sbb x de member kat opis. sume gi kursus skala. 4 ari lak tu. perghhhh.. x pe la. aku jadi budak baik mggu nie. khaaaa....
so, dptlah aku dating ngn hubby aku mggu ni. fully dating. bleh gitu.. hahaha.. bleh je kan. dah namanya laki aku. mengeratkan kasih sayang org kata. baru bahagia aman sentosa. insyaallah. husband aku suke je la. sbb kat site dia pun x de sape. kitaorg gi keje skali la mggu nie. yess.. x yah drive. dpt dok sblh... manja2. kekeke...lg plak kete kancil dia msuk bengkel. maybe 1 week gak tu. nak kena kuar modal lg. tambah tolak RM2,000.00. fuhyooooo.. manyak problem. dah le nak raya, keta wat hal la plak. dugaan btol.. erm..
SABARLAH WAHAI HATI..... huk..hukkk..
Thursday, 21 July 2011
yezzaaa..
wah.. nmpknya arini cam dilanggar todak je opis aku ni. bagus2.. x yah dtg keje la sume skali. bru leh wat party muda mudi. hehehe.. ape ek aktiviti arini. hurmmmm... pikir..pikir cepat.... hahaha..
smbung kembali.. nak pikir ape nak wat arini..
Monday, 18 July 2011
renung2kanlah....
ADAB2 BERHADAPAN DENGAN SUAMI
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Friday, 15 July 2011
Kembali
Yeahhhh.. aku kembali semula setelah berkursus selama 4 hari kat Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak. hurmm... rasa malas jek nak naik opis kan. jumaat lak tu. member2 pun x ramai kat opis ni. masing2 mengghaibkan diri.. x po la... lone ranger jek arini..
x de pic pn masa kursus. x de mood nak amik pic. hehehe..
sekian.....
Monday, 11 July 2011
rindu
ermmmmmmm.. rindu kat husband ngn anak2.. lom smpai 1 hari aku tinggalkan diorg. rindu sangat2. huwaaaaaaaaaaaa....
kursus
haiii.... aku skang ni ada kat felda residence trolak, sungkai, perak.. kursus perancangan kewangan peribadi & keluarga. best ke???? ntahlah... aku ganti org sbnrnya. so disbbkan thn ni x penah gi kursus aaku pun setuju je la. sbb budak opis aku yg ajak.. tq wani... (ni pun guna lappy dia smntara nk tggu dinner..) pewot dah lapor nie... aduhhhhh.. sabo ye baby..
so, segala bagai pic2 akan diupload bila aku kembali ke bumi johor ye...
sekian dulu. nak rest jap. golek2..
Saturday, 9 July 2011
kantorku..
ni la meja aku. tempat aku mencari rezeki, tempat tido, tempat berFB, berblog, dan segala bagai la... nmpk kemas kan.. ni sbbnya ptg td baru kemas. klau x mak aiiii.. serabut kepala otak aku nie.. baru cun kan.. kekeke... so, saksikanlahhhhhhhhhh.....
oppss.. remote tv kat aku..
antara koleksi key chain yg kengkawan bg... kat umah ada lagi.. and kipas comel tu, huhh.. klau time panas ada gak jasanya pada aku nie..
haha.. side mirror tu bery2 important. digunakan utk menskodeng bos yg dok dlm bilik kat blakang aku nie.. (alamak.. kantoi lak yg kat pc tu.. hehe.. tgh upload gambo. tggu tenet lembab sgt...)
and the last one, my OWN telephone. direct line tau... see.. SUPAT.. cehhh.. x muat space la.. sape nak no. tel saya angkat tangan cpt... hahaha.. cannot ok !!
Friday, 8 July 2011
coklat vs brown
cun x baju kitaorg.. baju UNIT PENDIDIKAN, JKR JOHOR. seb baik x nmpk sgt kan pewot aku. kekeke... pic yg bwh skali tu Ketua Penolong Pengarah aku (bos besar yg baru..), and yg hensem sblh dia tu Penolong Jurutera aku merangkap jurufoto professional kat opis aku nie... (hensem kerrrr......:) errrkkkkkkk.....
k, la.. pic x byk sbb BB aku x bape nak cergas ptg nie...
Thursday, 7 July 2011
Jenjalan
hiiiii.... arini khamis sudah. semestinya pkai batik la kan. seb baik baju2 batik aku beso2. so, still leh pakai lg la. lg satu sbb mak aku ni tang baju mahal2 (cewahhhh.. mahal ke.. aku je yg tau..) x reti nak jahit. kompem t'besorrrrr. walaupun ukur badan. x pe la mak.... tqvm.. mmuahhhhh.....
arini ada penyerahan sekolah tamil kangkar pulai, j.bahru. so aku telah DILANTIK sbg urusetia cenderahati.. erm.. x de la bz sgt. just amik je brg2 kat stor masuk dlm paper beg JKR. 30 jek. so, keje aku setel la kan.
ape istimewanya sekolah tamil nie.. TAMIL???? hehehe...
"antara sekolah tamil terbesar di malaysia." dasat kan..... tu yg cikgu cikgi dia sebok memanjang.... xcited pun ada rasanya. mcm kita la jgk kot.. maklumla nak dpt sekolah baru.. dah la.. malas citer pnjg.... motifnya cuma, projek sekolah tu direct bwh pengawasan JKR JOHOR. Unit Pendidikan especially.. Unit aku la.. bangga la jgk kan walaupun bukan aku yg jaga projek tu. kekekeke...
jap.. ada pic x ek...
?
?
?
?
?
?
?
akan diupload kemudian hari...
Subscribe to:
Posts (Atom)