Friday, 12 August 2011

Syukur Alhamdulillah...

Kenape????? erm.. gud news for me and my frenssss yg b'tungkus lumus dlm proses perpindahan dari Bangunan Sultan Ibrahim ke Nusajaya... (walaupun masa tu aku x tolong pun masa pindah sbb aku b'salinkan AIRIS. cuma tlg kemas2 kotak je la... hehehe..)

" RAYUAN BAYARAN INSENTIF PENYESUAIAN PERPINDAHAN KE PUSAT PENTADBIRAN BARU KERAJAAN NEGERI DI KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA"

".... Perbendaharaan telah mengkaji permohonan tersebut dan BERSETUJU MELULUSKAN bayaran insentif perpindahan kepada 90 orang pegawai persekutuan yang terlibat dengan perpindahan ke Kota ISkandar, Nusajaya atas kadar RM150 seorang selama 18 bulan bermula daripada tarikh perpindahan. Pembayaran insentif ini hendaklah menggunakan peruntukan sedia ada jabatan...."

ALHAMDULILLAH... walaupun jumlahnya tidak seperti apa yang kitaorg bayangkan, namun syukur dipanjatkan ke hadrat Allah, akhirnya dapat la jugakkan..... buat belanja anak2, bayo yuran sekolah, bayo hutang.. bayo bla... bla.. bla.. huisshhh.. byknya.. hehehehe..

p/s : terima kasih pada SUK Johor, CUEPACS dan En Rawan yang telah berusaha sedaya upaya dalam hal ini... tq..tq..tq...


Tuesday, 9 August 2011

sahur !!

erm.. pg td aku bgn masak sahur kol 4.15. nasib la kan. dah b'buka kat umh mertua so pepagi kna la bgn masak. haha.. nak tapau segan.. cehhhhh... setakat 9 hari b'posa ni alhmdulillah la, lom penah t'lepas sahur lg. itu berkat kunci jam namanya wlaupun mata ni rasa berat jek nak bukak. bila fikir2 en.azriezal aku nk mkn ngn keadaan aku yg cam gini, kenalah kuatkan semangat....

so............

pg td dgn rajinnya aku masak kari kepala ikan merah. peberet en.azriezal...... tambah lg ngn acar kobis (ala.. yg cam acar timun tu..). selera je kami mkn. rugi klau x abis. ikan merah mahal. hahaha... (pic x de, x sempat nk amik..)

erm, bsok x tau lg nk masak ape. aku dah kira2 smpai sahur ari jumaat (lauk aku beli ngam2) sbb mlm tu kitaorg nak balik nitar. b'buka dan b'sahur ngn org tua aku kat kg. cian diorg, anak ramai tp dok b'dua jekkk... erm, bleh la order mkn yg cedap..cedap..... ngehhhhh....

Monday, 8 August 2011

yeapppyyyyy...

(tajuk x de kena mngena ngn citer ye.. harap maklum. hehehe)

lama dah x update blog ni.. cacamarba je rasanya. alhamdulillah arini dah msuk hari ke 8 kita b'puasa dan alhamdulillah jgk aku dpt b'puasa hingga ke saat ini walaupun ada kalanya cam x tahan jek.. maklum la kan.. dah le cuaca panas, ditambah lagi ngn pembawakan budak ni. mudah2an Tuhan memberi aku kekuatan utk b'puasa penuh thn ni. insyaAllah..

pagi td my asben request sahur maggie jek. senang aku masak. potong bwg, lada, msuk telur.. siapppp.... harap2 baby aku dlm pewot ni leh b'tahan smpai waktu b'buka. hehehe....

buka posa lak kompem la kat umh mertua aku. sbb anak2 aku kat sana. mertua aku risau klau dok b'buka dua org je kat umh tu. so, aku biasalah.. just top up2 je mkanan yg ada. itupun kekadang ada pesanan x yah beli pape.. bln posa ni nafsu mknnyer meluap2. tp bila smpai masa.. ada je la yg dok m'bazir.. kan.. kan..

terawih.. aku buat kat umh je. bru 2 ari ponteng. itupun sbb x larat sgt. maknanya ada jgk la aku buat kan. si nurin pun sebok ikot nena ngn ayah dia gi terawih. aku klau si airis tu dah beso, nak gak jengah2 masjid. tp bak kata mak mertua aku, kita yg jaga anak kat umh dikala suami pegi masjid b'terawih pahalanya sama. wallahualam...

wassalam.. to be continued... !!

Monday, 25 July 2011

alamak!!!

alamak.. camne aku leh jadi follower utk diri sndiri ni. adoiiyaiiiiii... tolong..tolong.. camne nak remove balik nie... cis..cis..

hurmmm.. bowinkk...

bowink ker? nape ek.. sbb x de member kat opis. sume gi kursus skala. 4 ari lak tu. perghhhh.. x pe la. aku jadi budak baik mggu nie. khaaaa....

so, dptlah aku dating ngn hubby aku mggu ni. fully dating. bleh gitu.. hahaha.. bleh je kan. dah namanya laki aku. mengeratkan kasih sayang org kata. baru bahagia aman sentosa. insyaallah. husband aku suke je la. sbb kat site dia pun x de sape. kitaorg gi keje skali la mggu nie. yess.. x yah drive. dpt dok sblh... manja2. kekeke...lg plak kete kancil dia msuk bengkel. maybe 1 week gak tu. nak kena kuar modal lg. tambah tolak RM2,000.00. fuhyooooo.. manyak problem. dah le nak raya, keta wat hal la plak. dugaan btol.. erm..

SABARLAH WAHAI HATI..... huk..hukkk..

Thursday, 21 July 2011

yezzaaa..

wah.. nmpknya arini cam dilanggar todak je opis aku ni. bagus2.. x yah dtg keje la sume skali. bru leh wat party muda mudi. hehehe.. ape ek aktiviti arini. hurmmmm... pikir..pikir cepat.... hahaha..

smbung kembali.. nak pikir ape nak wat arini..

Monday, 18 July 2011

renung2kanlah....

ADAB2 BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.