Monday, 27 February 2012

Renung2kanlah.....


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai A...
kauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri.. Kerana pengorbanannya tidak terkire...: Teduhan Kasih :

Wednesday, 22 February 2012

Monday, 20 February 2012

belated bufday AIRIS DANIA

Hepi bufday to our wonderful princess, AIRIS DANIA, 3rd years old and thanks for bringing so much joy into our lives each and every single day.. We love u so much dear..
"Ni projek semlm baru pagi ni dpt upload....tempahan pn Supatani Binti Jalani untuk bday anak daranya Airis Dania, kek rainbow layered with buttercream n lemon custard fillng n coated with choc ganache...nmpk kek ni x tinggi tapi berat u...utk p supatani, thanks for the oder n semuga berkenan ya...."
cer teka bape rege kek nie... RM100++..... errkkkk.. tercekik aku dengor. kek ni order ngn org opis aku. x kisah la kan. janji puas ati. utk anak lak tu.. rasa dia pun sedappppp..... mula2 akak tu kata x sampai 2 kilo pun. tp bila dah deco, smpai 2.5kg lak.. tu yg mahal... x pe, janji airis suka.. hehehe...
 

Kelam Kelibut

wahhhh... sedo2 pg td jam dah kol 6.21... sepantas kilat aku melompat turun dr katil.. rasa senoning je kepala aku nih.. adeh.. jam dah kunci tp apesal x bunyi2.. siot tol la.. nasib baik baju aku ngn baju sekolah nurin dah siap b'gosok, beg baju anak2 dah stanby.. slmt sket.. kuar umh kol 7.10. lmbt dah nie.. cam x sempat je. tp dlm ati berdoa sempat la. sbb jam punch card kat opis aku mmg lmbt giler. tu yg aku buat2 cool je, siap antar nurin, antar airis ngn arissa lak.. trus kitaorg laki bini gi kje. dr umh mak mrtua kol 7.20.. berdezupppppppp... laju je..

alhamdulillah aku sempat punch card 7.57. ada lagi 3 minit... huhhh LEGA........

Wednesday, 15 February 2012

welkom back

assalam, selamat pagi n salam 1 malaysia... wah gitu..

diam x diam dah msuk setengah tahun aku x update blog nie. dia klau dah malas, kompem sampai bila2 pun malas. nk start balik tu yg makan masa. huhuhu...

dlm setengah tahun ni mcm2 kisah suka dan duka berlaku pada aku dan keluarga aku amnya... mgkin ini satu anugerah dan mugkin juga satu ujian buat kami....

KISAH PERTAMA....
alhamdulillah, pada tanggal 10.10.11 jam 9.44 malam di hospital sultan ismail, j.bahru  lahir lagi seorang puteri dalam keluargaku. kehadirannya mmg dinantikan setelah 9 bln dia berada dekat denganku, di dalam rahimku. akhirnya, dia selamat melihat dunia ciptaan Tuhan dalam tempoh masa yg singkat. alhamdulillah sumenya b'jalan lancar. tp, walaucamna sekalipun, ada gak malang bagi aku.. maybe masa bersalin tu aku terangkat punggung akibatnya t'paksalah aku msuk OT room. bius separuh badan sbb nak jahit yg kat bwh tu. doktor kata luka dia 3degree.. ntahh aku pun x paham. aku tadah je laa.. 1st time aku msuk bilik bedah. seram youuuu.... smpai 8 org dok dlm tu semata2 nak setelkan hal aku yg sorang nie.. mmg aku x rasa ape2 pun masa doktor buat kje kat bwh tu.. aku cuma rasa tgn doktor senggol2 kaki aku je. itupun x rasa sekuat mana. 15 minit, setengah jam.. adehhh bila nak siap nie. pakar bius sntiasa ada di sisi aku masa operation tu. kaki aku dah lenguh giler nie.. keje x siap2 lg. doktor kata sikit je lagi.. sikit je lagi.. aku dah mula dok tendang2 doktor yg jait tue. "sabo dik, sket je lagi nie..." huhhhh.. mmg sengal tahap gaban kaki aku nih.. sape yg penah rasa dia taulah camne seksanya. bukan sakit sbb kna jait tp sengal n lenguh kaki tu yg x tahan... akhirnya... selesai jgklah.. lega aku rasa dpt lunjurkakn kaki nie... ditolak kuar pegi lak bilik saringan lps operation. katanya nk pantau sbb aku lps operation n ubat bius tu abis laa... lama gak aku melongo kat situ. dah le baring jek. nak gerak2 pun rasa x rasa je.. 1 hal lagi aku tanggung azab kat situ... selesai gak maybe dlm sejam lebih aku kat situ... pastu baru pindahkan aku kat wad biasa. itupun bukan kat wad org bersalin normal. aku kna masuk wad org bersalin operation. org lain dok bedah kat perut, aku plak bedah kat bawah.. hahahaha.. kesian kan.... patut diorg tgok aku pelik je sbb bleh jalan laju2.. kekekeke... 4 hari gak aku bermastautin kat spital.. tang mkn lak, kna makan soft diet je. bubur2 je. x leh mkn yg keras2 takut efect kat tmpat jait tu klau aku buang air bsr.. bersalin nyer senang, tp lain hal plak jadi. terpaksalah redha je... nurse2 kat situ sume baik2 belaka. boleh la kan. muda2 lagi... cun2 plak tue.... hehehe..doktor kata klau aku dah buang air besar bru leh balik. peghh aku tggu2 bila nak pewot aku ni nk meragam. siap soh en. husband dtg mlm2 bwk buah betik kat aku. nak kuar pnye pasal.... bsoknya, alhamdulillah... berjaya gak.. yeayyyyyyy.. bleh balik umah. rindu betol kat anak2 aku yg 2 org tue. budak2 mmg x bleh naik atas. so, 4 ari la aku x jmpe diorg..... hurmmmm... tq kat kwn2 opis yg sudi dtg melawat aku...

airis mula2 mmg x suka dpt adik baru. dia siap paling muka lagi bila aku suakan bby baru kat dia.. haha.. x leh terima kenyataan la tu kan. mana x nyer, beza pun 2 tahun jek. x psl2 dia dah jadi kakak. tp alhamdulillah, x lama mana pun. skang ngn adik dia bukan main close lg.. biasalah budak2 kan.

satu hal lagi, baby lak kena kuning.. nurse kata klau ibunya berdarah O (+ or -) kemungkinan bby kna jaundice mmg ada. termasuklah anak aku skali. memandangkan ank aku menyusu badan, so kuning dia lambat la turun. 1, 1 turun. hari2 amik darah kat kaki dia yg comel tu.. nak menangis aku tengok. hampir 2 mnggu gak aku berulang pi klinik masai amik darah dia. dah le jauh, dgn keadaan aku yg x sihat lagi. tp demia ank, aku gagahkan jugakla.. hsband plak t'paksa la msuk lewat gi kje. yg penting ank kita sihat.. and last day tu, nak dijadikan cerita, doktor klinik tu soh kitaorg bwk baby ke HSI pakar kanak2. katanya, kuning dia lambat turun n makan masa yg pnjg takut ada efect kat hati plak.. aduyaiiiii......  ptg tu jgk kitaorg bwk gi spital. siap amik darah, amik air kencing. nak amik air kencing lak terpaksa masukkan tiub kat pundi kencing bby. aku kat luar dah dengar suara dia menjerit nangis sekuat hati. sakit la kan.. aku plak dah berair mata kat luar tue... x sampai hati dgr dia menangis.... dlm ati, biarlah aku yg tanggung segala kesakitan dia tue...

dan sekarang 15.02.2012 dah 4 bulan pun umur dia.. opsss nama baby baru kami, ARISSA SAFIYA. nmpk simple je, tp susah gak nak mncarinya tue.. haha.. dok pusing2 kamus dpt la nama ni gabungan nama kakak2 dia, NURIN SOFEA, AIRIS DANIA... "kekuatan dan keazaman wanita mulia".. insyaAllah.. dan alhamdulillah jgk sbb sehingga tarikh ni, arissa masih menyusu badan.. jimat belanja den..... huhu..




puteri bongsuku...... ARISSA SAFIYA BINTI AZRIEZAL

KISAH KEDUA..........
kisah menyayat hati, kisah sedih buat adikku nurul fazrina. kita baca je la entry ni ea..

Pada jam 6.20am aku dikejutkan dengan panggilan dari HSI di mana keadaan anak ku tidak stabil dan diminta datang segera ke HSI, namun setibanya di hospital anak keduaku telah kembali ke Rahmatullah pada 28/1/2012 jam 7.10am di HSI akibat jangkitan kuman tahap serius pada paru-parunya..sesungguhnya dugaan ini cukup hebat untuk aku dan suamiku untuk menghadapinya..tetapi kami redha dengan pemergian si comel yang amat kami sayangi..."Elman Danish mama,papa dan abang elman sentiasa mendoakan adik agar tenang di sana..mama sayang sangat kat adik dan sehigga kini mama masih merindukan adik..." "Al-Fatihah"...
Elman Danish dilahirkan pada 14/1 jam 5.17pm dan di masukkan ke wad NICU pada hari yang sama jam 7.10pm...namun hidupnya tak lama..adik telah pergi ke Rahmatullah pada usianya genap 2minggu 28/1 jam 7.10am..hanya gambar ini pengubar rindu kami sekeluarga...kami amat merinduinya..namun kami redha dengan pemergian si comel..kami doakan agar adik bahagia di sana dan di tempatkan di tempat syurga yang paling atas...mama,papa dan abng elman terlalu sayangkan adik...
Al-Fatihah buat
ALLAHYARHAM ELMAN DANISH BIN RAZALI